Rumah mampu milik di kawasan utara. Bina rumah di tanah sendiri?  Pakej membina rumah mampu milik di Kedah, Perlis dan Seberang Perai.

 

 

 

“Tahukah anda, rumah yang dijual oleh pemaju pada harga RM1 juta sebenarnya boleh dibina di atas tanah sendiri dengan kos kurang RM350,000 sahaja?”

 

Jika ditanya kepada sesiapa pun, pastinya setiap dari mereka  akan memberikan jawapan yang sama iaitu ingin memiliki rumah sendiri. Ini adalah keutamaan setiap orang.

Namun begitu, melihat kepada harga rumah yang dijual pada masa kini, rasa takut semacam apatah lagi di kawasan-kawasan panas seperti Lembah Klang, Johor Bahru dan sebagainya.

Memiliki rumah bukan lah hanya bermaksud anda hanya mempunyai pilihan dengan membeli baru daripada pemaju tetap juga dari pasaran sekunder / kedua. Kita juga mempunyai pilihan lain seperti membeli tanah terlebih dahulu dan kemudiannya membina rumah di atas tanah tersebut.

 

Apa kelebihan membina rumah di atas tanah sendiri?

Jika anda membina rumah di atas tanah sendiri ialah anda dapat menentukan pilihan reka bentuk rumah itu sendiri. Ini bermakna anda berpeluang untuk mereka bentuk rumah berdasarkan citarasa anda sendiri dan dalam masa yang sama mengikut kemampuan kewangan anda!

Membina rumah di atas tanah sendiri juga adalah lebih murah jika dibandingkan dengan kos membeli rumah sdedia ada di pasaran terbuka. Ada banyak teknologi pembinaan rumah di tanah sendiri yang berkualiti dan menjimatkan masa dan wang anda

Anda boleh sahaja membuat carian di internet atau bertanyakan kepada kontraktor. Membina rumah di atas tanah sendiri juga dapat menaikkankan harga aset anda dari tahun ke tahun.

 

Bagaimana mahu membina rumah di atas tanah sendiri?

Pertama sekali, anda mesti memastikan yang anda adalah pemilik berdaftar pada geran tanah tersebut. Keduanya tiada sekatan pembinaan bangunan pada tanah tersebut. Seterusnya pelan pembinaan rumah mestilah diluluskan oleh pihak berkuasa terutamanya bagi lokasi yang berada dalam kawasan PBT sebelum kerja menambak tanah, piling dan pembinaan dapat dimulakan.