Beli Rumah - kehendak atau keperluan?

Bila ditanya akan simpanan kewangan untuk membeli rumah, hampir separuh daripada kita belum memulakan sebarang tabungan sedangkan memiliki rumah adalah sangat penting. 

 

1. Tempat Berteduh

Semua orang sedia maklum bahawa rumah merupakan keperluan asas bagi setiap manusia di muka bumi. Oleh itu, memiliki rumah adalah sangat penting sebagai tempat berteduh dan berlindung.

 

Ya, memang betul anda masih boleh berteduh di rumah sewa, tetapi tahukah anda, di rumah sendiri anda lebih bebas untuk menyusun atur perabot, menghias dan mengecat dinding mengikut kreativiti anda?

 

2. Aset

Bilamana anda mempunyai sebuah rumah, secara automatik anda telah dikira mempunyai aset. Hal ini kerana, hartanah dikira sebagai aset dan bukan lialibiliti. Rumah juga mampu dijadikan cagaran kepada pihak bank bagi urusan perundangan dan perbankan.

 

3. Harta Untuk Diwarisi

Apabila anda telah tua kelak, memiliki rumah merupakan satu bonus kepada anda untuk diwariskan kepada waris anda. Boleh jadi rumah tersebut menjadi tempat tinggal anak – anak anda mahupun dijual untuk mendapatkan tunai.

 

4. Harga Rumah Semakin Meningkat

Satu fakta yang tidak dapat disangkal lagi ialah harga rumah semakin meningkat hari demi hari dan jarang sekali harga rumah jatuh lebih – lebih lagi rumah jenis subsale.

Makanya, jika anda membuat keputusan untuk membeli rumah pada 10 tahun akan datang, anda terpaksa membeli harga rumah 10 tahun akan datang dimana harganya berkemungkinan tersangat mahal.

 

5. Polisi Bank

Sungguhpun anda mempunyai aliran tunai bulanan yang cantik dan mempunyai simpanan yang banyak, itu tidak berguna sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun. 

– 7 Pilihan Bank Untuk Buat House Loan

Hal ini kerana, bank melihat anda berisiko untuk menjadi peminjam lebih – lebih lagi pinjaman perumahan dengan komitmen yang lama. Jadi, belilah rumah seawal mungkin. 

 

6. Pelaburan Jangka Panjang

Andai kata anda ingin melakukan pelaburan, anda sebenarnya mulakan dengan memasuki industri pelaburan hartanah dengan membeli rumah jenis subsale di kawasan strategik.

“4 Daripada 15 individu terkaya di Malaysia berada dalam industri hartanah” – iMoney, 2017

– 5 Faktor Penting Untuk Pelaburan Hartanah.

Dewasa kini, pelaburan hartanah adalah instrumen paling popular dan kebanyakan pelabur hartanah menggunakan metode beli dan sewa atau beli dan jual selepas kawasan tersebut dikomersilkan. 

 

7. Meningkatkan Pemilikan Rumah Kalangan Bumiputera

Mengikut artikel ini, peratus pemilikan rumah di kalangan Bumiputera boleh dikatakan pada paras yang sangat membimbangkan. 

– Lot Hartanah Bumiputera ‘Meningkatkan Atau Menyingkatkan?

Bagi menangani isu ini, setiap individu Bumiputera harus bijak mengatur profil kewangan dan membeli sekurang – kurangnya satu unit hartanah seumur hidup agar peratus pemilikan rumah di kalangan Bumiputera meningkat. 

 

8. Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Negara

Sungguhpun kedengaran agak ke hadapan, tetapi tahukah anda bahawa seiring dengan peningkatan peratus pembelian hartanah di Malaysia, ianya juga meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara?

– Jangkaan Pasaran hartanah Pada 2018

 

9. Sumber Pendapatan Sampingan

Bagi anda yang ingin menjana pendapatan sampingan secara harian atau bulanan, anda boleh mulakan dengan mendaftarkan hartanah anda dan menjadi hos di CouchSurfing dan Airbnb.

Kedua – duanya adalah antara aplikasi smartphone yang digunakan sebahagian besar pelancong dan pelabur asing yang ingin menginap dalam suasana rumah di sesebuah negara berbanding menginap di hotel. 

– Ingin Jana Pendapatan Dengan Airbnb? Baca ini.

Jadi, kini jelaslah bahawa terdapat sebab – sebab yang kukuh kenapa anda perlu membeli rumah sekurang – kurangnya sekali seumur hidup dalam konteks yang berbeza merangkumi ekonomi, kemandirian dan sebagainya.